ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan 5.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengerusi PNB, Tun Arifin Zakaria, berkata pengagihan pendapatan itu merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.



Kadar agihan itu secara keseluruhannya menyamainya kadar pada tahun lalu.

“Pengagihan pendapatan bagi tempoh 2021 membabitkan pembayaran kepada pemegang unit berjumlah RM8.9 bilion kepada 10.4 juta pemegang unit,” katanya ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB secara maya hari ini.

Yang turut serta, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

ASNB telah mengagihkan pendapatan berjumlah RM168.5 bilion sejak 30 tahun lalu.



INFO:

Dividen ASB 2010-2021

2021: 4.25 + 0.75

2020: 4.25 + 0.75



2019: 5.00 + 0.50

2018: 6.50 + 0.50

2017: 7.00 + 1.25

2016: 6.75 + 0.50



2015: 7.25 + 0.50

2014: 7.50 + 1.00

2013: 7.70 + 1.00

2012: 7.75 + 1.15



2011: 7.65 + 1.15

2010: 7.50 + 1.25

Berita lanjut menyusul

ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker