Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib



Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib berkait bencana banjir

Semua pihak digesa menghentikan aksi salah-menyalah terutama berhubung peranan kerajaan pusat dan negeri dalam menguruskan bencana banjir, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata, sebaliknya semua pihak perlu fokus membantu memulihkan kehidupan mangsa bencana yang disifatkan terburuk sejak banjir besar melanda negara pada 1971.

“Mangsa banjir tak mahu tengok mereka main ‘game’ salah-menyalah. Mangsa banjir sedih melihat ‘game’ salah-menyalah berlaku. Saya turut sedih.

“Mangsa banjir perlu bantuan segera dan bantuan untuk memulihkan kehidupan mereka,” kata Najib di Facebooknya.




Beliau mengulas kekecohan peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selain tuding-menuding antara menteri kerajaan pusat dengan menteri besar dan ketua menteri.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar menafikan dakwaan dibuat Menteri Besar Selangor Amirudin Shari bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan.

“Saya nak bagitahu, saya terpaksa ‘sekolahkan’ Menteri Besar Selangor sebab apa yang viral semalam, nampaknya dia tidak faham sebenarnya. Saya masih lagi Pengerusi MKN Selangor bukan MB Selangor seperti yang viral semalam, harap Amirudin boleh faham.

“Menteri Besar jangan lepas tangan, jangan tunding jari salahkan sesiapa. Kalau dia nak lepas tangan lebih baik dia lepaskan jawatan,” katanya pada sidang media semalam bagi menjelaskan situasi itu.

Noh menjelaskan, Amirudin seakan tidak memahami terdapat dua arahan berbeza di bawah MKN iaitu pertama pengurusan keselamatan negara dan kedua MKN Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana negara.




Pada Selasa, Amirudin berkata beliau mendapat panggilan daripada MKN untuk mempengerusikan semula MKN Negeri Selangor ekoran bencana banjir di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, NADMA ditubuhkan pada 2014 ketika pentadbiran beliau bagi mengambil alih tanggungjawab pengurusan bencana alam dari MKN.

“NADMA pun ditubuhkan melalui pindahan perjawatan dari bahagian pengurusan bencana MKN, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan dari Unit Pengurusan Pasca Banjir ICU.

“Konsepnya serupa dengan Federal Emergency Management Agency (FEMA) di Amerika Syarikat sebab kami percaya sebuah agensi pusat yang khusus dan fokus pada pengendalian pengurusan bencana adalah lebih efektif dan lebih bersedia untuk memberi respon laju,” tambahnya.

Justeru, katanya, selaras dengan model berkenaan, setiap negeri mempunyai unit dan jawatankuasa pengurusan bencana masing-masing yang diketuai kerajaan negeri.




“Jadi, ianya tidak betul untuk salahkan MKN pusat atau di peringkat negeri bagi pengurusan bencana banjir. Ianya juga tidak betul untuk kata NADMA tak memainkan peranan bagi bencana banjir. Nama pun sudah Agensi Pengurusan Bencana Negara.

“Dan ianya juga salah bagi kerajaan negeri untuk nafi tanggungjawab mereka dalam pengurusan dan pencegahan banjir dan hanya nak salahkan kerajaan pusat sahaja,” tegasnya.

Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata



Leave a Reply

Your email address will not be published.