Qatar larang jualan permainan warna pelangi

Qatar larang jualan permainan warna pelangi

QATAR: Pihak berkuasa Qatar merampas permainan kanak-kanak yang tidak ‘Islamik’ kerana menampilkan ciri-ciri pelangi yang menyerupai bendera golongan lesbian, gay, biseksual, trangander (LGBT).

Permainan itu juga bertentangan dengan ‘nilai keislaman’ di negara yang menentang homoseksual.

Kementerian Perdagangan dan Industri menjalankan pemeriksaan di beberapa premis perniagaan berbeza di seluruh Qatar.

“Pihak berkuasa turut merampas permainan kanak-kanak yang mengandungi slogan bertentangan dengan nilai Islam seperti bola getah dan permainan lain dengan warna pelangi.

“Pihak kementerian menggesa semua penduduk melaporkan sebarang penjualan produk yang menggunakan logo atau rekaan yang bertentangan dengan tradisi di negara ini,” katanya dalam ciapan Twitter.

Qatar menjadi tumpuan dunia sejak terpilih menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022.

November lalu, Persatuan Bola Sepak Inggeris memberi jaminan kepada peminat fahaman lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) bahawa mereka dialu-alukan ke negara itu sempena kejohanan Piala Dunia.

Susulan itu, Qatar dilihat sedikit berlembut dengan pendirian anti LGBTQ dengan memaklumkan bendera pelangi dibenarkan untuk dikibarkan. Utusan

Qatar larang jualan permainan warna pelangi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker