Rozi Mamat yakin di Hulu Terengganu

#PRU15

Rozi Mamat yakin di Hulu Terengganu

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Sebaliknya, Rozi akan berusaha memastikan kemenangan BN sekali gus meneruskan legasi perjuangan di Hulu Terengganu.

“Saya melihat calon yang diketengahkan pada PRU15 ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaubagaimanapun, saya rasa sekarang ia lebih kepada politik yang sihat dan matang.

“Apa yang boleh saya katakan dan berkeyakinan yang pengundi Hulu Terengganu tetap akan memilih BN meneruskan legasi kepemimpinan BN,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong ditemui selepas Penyampaian Watikah Perlantikan Calon Parlimen BN Terengganu di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri, di sini, hari ini.

Terdahulu, seramai tujuh daripada lapan calon BN menerima Watikah Perlantikan Calon diketuai Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga calon BN Parlimen Kemaman daripada Ketua Penerangan UMNO Negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Rozi berkata, masyarakat Hulu Terengganu masih memerlukan pembelaan daripada BN terutama dari segi meningkatkan taraf kehidupan, taraf ekonomi dan peluang pekerjaan.

Menurutnya, apa yang penting sekarang ini ialah keyakinan masyarakat terhadap calon dan mereka harus memilih siapa yang selayaknya dipilih pada PRU15 ini.

“Saya sendiri mewakili BN sudah empat penggal tapi di peringkat DUN dan sekarang bertanding untuk Parlimen. Jadi, mereka boleh menilai apa yang saya lakukan sepanjang menjadi ADUN dan EXCO Belia dan Sukan.

“Tapi pada pandangan saya, kita perlu melihat infrastruktur pendidikan perlu ditingkatkan dan ia diperjuangkan setiap masa terutama di Hulu Terengganu,” katanya.

Pada PRU15 Rozi akan berdepan dengan penyandang kerusi, Datuk Rosol Wahid dari Perikatan Nasional (PN) dan Alias Ismail yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

PRU14 lalu, Rosol yang ketika itu mewakili BN menang dengan jumlah undi 30,925 menewaskan calon PAS, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon PKR, Datuk Razali Idris (3,364 undi). BH

Rozi Mamat yakin di Hulu Terengganu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker