Tuan Ibrahim mohon doa rakyat, tiga anak dijangkiti Covid-19

Tuan Ibrahim mohon doa rakyat, tiga anak dijangkiti Covid-19

MENTERI Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memohon doa rakyat Malaysia selepas tiga orang anaknya disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran dan perkongsian gambar di Facebook Tuan Ibrahim hari ini, beberapa orang cucu beliau turut dipakaikan gelang merah jambu dipercayai kontak rapat kes.

“Mohon doa semua, tiga orang anak disahkan positif dan cucu kena pakai gelang,” tulis beliau dalam hantaran itu.

Berdasarkan gambar itu, seramai tujuh individu dirakam memakai gelang merah jambu.

Tinjauan pada hantaran dimuatnaik Tuan Ibrahim itu mendapati warganet mendoakan kesembuhan anak dan cucu beliau daripada Covid-19.

Mereka turut berdoa urusan semua ahli keluarga Tuan Ibrahim dipermudahkan dan kembali sihat seperti sediakala.

Kementerian Kesihatan (KKM) mewajibkan pemakain gelang merah jambu kepada pesakit dan kontak rapat yang dijangkiti Covid-19.

Langkah itu bertujuan untuk menyekat segera pergerakan individu setelah mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sah. Utv

Tuan Ibrahim mohon doa rakyat, tiga anak dijangkiti Covid-19

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker