Tujuh negeri diramal hujan, ribut petir pagi ini

Tujuh negeri diramal hujan, ribut petir pagi ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat bagi tujuh negeri di beberapa kawasan yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, kesemua kawasan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka bakal berdepan dengan cuaca buruk pagi ini.

“Di Selangor kawasan yang terlibat ialah Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan kawasan yang dijangka terlibat ialah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor,” katanya di sini hari ini.

Begitu juga beberapa kawasan di Sarawak iaitu Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau Mukah, Bintulu dan Tatau.

Manakala bagi Sabah kawasan teribat Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kudat , Kinabatangan dan Pitas. K Online

Tujuh negeri diramal hujan, ribut petir pagi ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker