Mane, Salah jadikan Man United bahan lawak

Sebaran :

Mane, Salah jadikan Man United bahan lawak

Bintang Liverpool, Sadio Mane memberi reaksi kelakar apabila seorang peminat mengakui abangnya adalah peminat Manchester United.

Beberapa anggota pasukan Liverpool mengambil bahagian dalam acara tahunan meluangkan masa bersama pesakit Hospital Alder Hey.

Bagaimanapun berikutan pandemik Covid-19, perbualan antara mereka berlangsung secara maya.



Mane dan Mohamed Salah bersama-sama melayani peminat muda Liverpool yang bernama Morgan di hospital itu.

Mane dan Salah bertanya jika dia adalah peminat Liverpool dan kanak-kanak itu kemudian menjawab: “Ya, tetapi abang saya peminat Manchester United.

Mane pantas meletakkan tangannya di kepala dan kemudian membalas: “Oooooh pilihan yang salah. Adakah anda saksikan perlawanan terakhir kami dengan mereka?”

Morgan kemudian membalas pertanyaan pemain berstatus bintang itu apabila berkata: “Ya, 5-0.”



Mane kemudian membalasnya apabila secara berseloroh berkata: “Saya pasti abang anda berasa sedih.”

Dia kemudian bergelak ketawa bersama Salah yang berada di sebelahnya. HM

Mane, Salah jadikan Man United bahan lawak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *