Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital

Sebaran :

Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital

Pelakon filem Adnan Sempit, Intan Ladyana Mohamat Yahya, 39, yang hamil anak sulung dan suami, Harris Alif, 21, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), malam tadi, dipercayai positif COVID-19.

Perkara itu dilaporkan program hiburan terbitan TV3, Melodi melalui Instagram (IG), malam tadi.

Entri berkenaan menyebut:



“Pelakon @intanladyana terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19. Beliau kini dikhabarkan hamil anak pertama dan suaminya, @harrisalif disahkan positif COVID-19.

Entri dimuat naik Melodi pada Instagram (IG) menyatakan Intan yang sedang hamil anak sulung dan suami, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), dipercayai positif COVID-19. Foto Ihsan IG Melodi
Entri dimuat naik Melodi pada Instagram (IG) menyatakan Intan yang sedang hamil anak sulung dan suami, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), dipercayai positif COVID-19. Foto Ihsan IG Melodi
“Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa.”

Entri itu menarik perhatian ramai selebriti yang menitipkan doa buat Intan dan suaminya. Antara selebriti yang melayangkan komen adalah Lan Solo, Nora Danish, Didie Alias, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Sementara itu, Intan memuat naik video di IG Story yang menggambarkan dirinya seperti berada dalam ambulans tanpa kapsyen, kira-kira jam 11 malam tadi.



Setakat ini, Harris belum mengemas kini akaun IG.

Intan dan Harris bernikah di Masjid Wilayah di sini, pada 4 Februari lalu selepas lebih setahun berkenalan. BH

Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.