Hanya Untuk Ramuan Sihir, Polis Tahan Pasangan Kekasih Simpan Kepala Singa

Sebaran :

Hanya Untuk Ramuan Sihir, Polis Tahan Pasangan Kekasih Simpan Kepala Singa

CAPE TOWN – Polis Afrika Selatan menjumpai satu kepala singa selepas menahan sepasang kekasih yang berkelakuan mencurigakan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Penemuan mengerikan itu dibuat selepas polis dimaklumkan bahawa pasangan itu, Joseph Modime, 59 dan Emily Mashaba, 54, cuba mencari ahli sihir yang akan membayar mereka wang  £17,500 (RM98,419) untuk kepala yang dipenggal itu bagi menghasilkan ramuan sihir.

Akhbar The Sun melaporkan bahawa unit polis elit menggunakan orang tengah untuk mengatur pertemuan antara pasangan yang mencurigakan itu dan seorang pengamal perubatan tradisional.



Apabila pasangan itu tiba di sebuah garaj di Zeerust, Wilayah Barat Laut Afrika Selatan, mereka menyerahkan beg berisi kepala singa itu dan ditahan kerana melanggar Akta Kepelbagaian Biologi Pengurusan Alam Sekitar Kebangsaan 2004.

Jurucakap pihak berkuasa, Henry Mamothame berkata,  suspek dalam perjalanan dari Tembisa di Johannesburg untuk mencari pengamal perubatan tradisional.

“Mereka  dihalang oleh polis yang telah mengatur agar seorang pengamal perubatan tradisional berada di sebuah stesen minyak di mana kepala singa itu ditemui di dalam beg galas yang dibalut dengan beg sampah.

“Kedua-dua mereka telah ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami belum tahu bagaimana kepala singa itu boleh berada dalam simpanan mereka dan ia adalah sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa,” katanya. – AGENSI

Hanya Untuk Ramuan Sihir, Polis Tahan Pasangan Kekasih Simpan Kepala Singa



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.