Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

PELAKON cilik, Puteri Balqis, tampil menjawab persoalan wargamaya yang bertanyakan sama ada dirinya seorang yang memberontak dan tidak ingat Tuhan.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instastory Balqis, persoalan tersebut timbul susulan imej terbarunya yang kelihatan agak seksi dengan berpakaian skirt pendek berserta stoking hitam panjang dihiasi corak tengkorak.

“Hello adik, orang kata adik memberontak dan tidak ingat Tuhan. Apa yang adik belajar dari ibu adik?” soal pengikutnya menerusi ruangan Ask Me.

Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi,14, menjawab soalan tersebut dengan sopan dan menyifatkan meskipun ibunya seorang wanita bertatu, namun sering menyantuni haiwan walaupun dari sekecil serangga.

“Terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita bertatu, sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada media sosial, mengelakkan diri daripada manusia kerana tidak mahu mengumpat dan mengeji.

“Berterima kasih kepada rumput yang dipijak, memohon maaf kepada haiwan-haiwan yang dikhianati,” katanya.

Penampilan terbaharu Puteri Balqis yang mengundang perhatian netizen
Tambah pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 itu lagi, ibunya yang dikenali sebagai Norashikin Mohd Aziz merupakan seorang insan yang gemar bersedekah.

“Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

“Ini doa ibu saya setiap hari, ‘Wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hamba Mu, termasuk tumbuhan dan haiwan. Semoga seluruh hamba Mu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan,” ujarnya.

Terdahulu, Balqis yang mula menceburi dunia seni sejak berusia dua tahun pernah dikatakan menghidap masalah kesihatan namun tidak diperincikan lebih lanjut.

Balqis kemudian muncul di dalam rancangan Bersamamu terbitan TV3 untuk berkongsi kepayahan hidupnya dan program Malaysia Hari Ini bagi mempromosikan buku puisi yang diilhamkan olehnya. Utv

Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker