Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Pelakon yang kini meningkat remaja, Puteri Balqis memberi peluang kepada pengikut dan peminatnya di Instagram untuk bertanyakan sebarang soalan yang mahu ditanya kepada dirinya.

Tanya Isu Gay

Salah satu persoalan yang diberikan oleh peminatnya adalah mengenai pendapatnya terhadap individu Muslim yang suka pada kaum sejenis (gay).


“Pendapat tentang individu Muslim gay.”-Soal peminat

Anggap Tuhan Boleh Memahami Pelbagai Bentuk Kasih Sayang

Menjawab persoalan tersebut, Balqis menjelaskan bahawa ianya merupakan satu lagi bentuk kasih sayang dan Tuha boleh memahami pelbagai bentuk kasih sayang yang wujud.

“Ia satu lagi bentuk kasih sayang. Tuhan itu memahami, Tuhan itu dwibahasa oleh itu Dia boleh memahami pelbagai bentuk kasih sayang.”- jelas Balqis

Manusia Diwujudkan Untuk Mencintai

Tambah Balqis lagi, dia meminta orang ramai untuk percaya pada Pencipta bahawa manusia diwujudkan untuk bercinta.

“Terlalu banyak kebencian, kenapa larang cinta terakhir ini? Percaya pada Pencipta anda, anda diwujudkan untuk bercinta.” katanya lagi

Sekadar info,baru-baru ini Murai MY melaporkan Balqis menitipkan pesanan di Instagram buat mereka yang tidak menyukainya. Ia berikutan segelintir netizen merasakan penampilannya yang terkini kelihatan agak berbeza bagi seorang pelakon yang baru berusia 14 tahun. Murai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker