Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi

Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi

Jabatan Meteorologi menafikan maklumat ‘Warning for December 26, 27, 28, 29 by Prof. Shahrul Shauqi’ yang kononnya bakal berlaku bencana alam seperti tular dalam media sosial dan portal-portal berita.

Menurut kenyataan jabatan berkenaan, pihaknya mengesan maklumat kurang tepat telah digunakan pihak tertentu dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan awam.

Justeru, Jabatan Meteorologi menegaskan sebarang penyebaran berita palsu berhubung bencana alam sehingga menimbulkan panik boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkenaan ramalan dan amaran cuaca serta maklumat gempa bumi dan amaran tsunami hanya di MET Malaysia melalui laman web dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

“Kami menyarankan agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih seperti di atas,” kata kenyataan itu hari ini. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker