Seluar dalam koyak antara barang sumbangan mangsa banjir (Video)

Seluar dalam koyak antara barang sumbangan mangsa banjir (Video)

Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab memberi sumbangan seluar dalam lelaki mengejutkan para sukarelawan misi bantuan bencana banjir yang dipercayai berlaku di Negeri Sembilan.

Menerusi satu video platform TikTok milik alfathazzurri yang tular media sosial, seorang sukarelawan menunjukkan sehelai pakaian dalam itu yang sudah koyak rabak.



Walaupun ada pihak yang menganggap sebagai lucu, tetapi sesetengah perkara itu perlu diambil perhatian semua agar tidak sewenang-wenang mengagihkan sumbangan barangan terbuang.

Lelaki itu mengesa semua masyarakat supaya prihatin dengan situasi dan nasib yang menimpa mangsa banjir yang kini ditimpa kesusahan.

“Kita terima banyak bantuan, tetapi saya hendak rasa hiba dan sebak dengan barangan rare ini. Saya tidaklah tahu siapa yang bagi barangan ini,” katanya dalam video itu.

Tindakan itu mengundang pelbagai maklum balas orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu tidak harus berlaku memandangkan mangsa banjir ditimpa kesusahan. Utusan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Seluar dalam koyak antara barang sumbangan mangsa banjir (Video)




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker