Kucing curi dadah, seluar dalam

Sebaran :

Kucing curi dadah, seluar dalam

WELLINGTON – Seekor kucing di New Zealand mempunyai reputasi sebagai ‘pencuri berbakat’ sejak tiga tahun lalu, lapor laman berita Wionews semalam.

Kucing bernama Keith itu pernah ‘mencuri’ pelbagai barangan termasuk kemeja milik seorang pegawai, pakaian renang, dawai penyidai, but kaki keluli, pakaian dalam, kasut dan juga belut hidup.

Ketika musim panas, kucing berusia lima tahun itu akan berjalan di sekitar bandar Christchurch untuk mencuri.



Namun, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kucing milik pasangan suami isteri, Ginny dan David Rumbold itu telah mencuri alat yang digunakan untuk menghisap ganja bersama paket berisi serbuk putih dipercayai dadah. Ginny segera membuangnya.

Namun, perbuatan Keith itu menyebabkan ia dalam perhatian polis.

Seorang jurucakap polis menyatakan bahawa penemuan terbaharu Keith itu amat membimbangkan.

“Pasukan kami akan mengambil alat itu dan ‘bercakap dengan Keith’ berkenaan lokasi ia menjumpainya,” katanya.



Keith masih terus-terusan mencuri, menjadikan pasangan itu terpaksa membungkus barangan yang dicuri Keith ke dalam dua buah kotak plastik dan meletakkannya di hadapan pagar rumah mereka untuk diambil kembali oleh pemiliknya. K Online

Kucing curi dadah, seluar dalam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.