Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022

LONDON – Seorang lelaki psikik yang pernah meramal berlakunya pandemik Covid-19 dan temu ramah sensasi antara Meghan Markle serta Oprah Winfrey telah mendedahkan ramalan baharunya untuk 2022, termasuk penguasaan China di seluruh dunia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Nicolas Aujula, 36, dari selatan London pernah meramalkan peristiwa seperti ‘Black Lives Matter’ dan pembunuhan mengejutkan seorang wanita muda, Sarah Everard.

Lelaki yang mendakwa memiliki ‘banyak kehidupan lampau’ itu menggambarkan ramalan dan penglihatannya seperti adegan bergerak di skrin televisyen khayalan gergasi.



Nicholas turut memaklumkan wujudnya campur tangan tentera untuk mengelakkan Bumi musnah akibat asteroid.

Bagaimanapun, dia turut bimbang akan kebangkitan semula satu sistem pemujaan agama jahat di seluruh dunia pada 2022 yang akan menjadikan manusia sebagai mangsa.

Lelaki itu turut mendakwa Paris akan terlibat dengan serangan pengganas tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Nicolas juga memberi amaran berkenaan kejadian tembakan besar-besaran yang akan menyebabkan rakyat Amerika Syarikat (AS) trauma dan seorang tokoh awam di AS akan dibunuh.



Selain itu, satu isu kesihatan global iaitu selesema babi diramal akan memberi kesan kepada dunia tetapi dia  tidak dapat meramalkan skala masa yang tepat.

Tahun hadapan dakwanya, akan menyaksikan kebangkitan China yang dilihat bersedia untuk menjadi kuasa besar dominan di dunia sepanjang dekad ini termasuk dalam penguasan bahasa dan persaingan perlumbaan angkasa lepas.

Dalam dunia selebriti, Nicolas meramalkan peristiwa sedih untuk penyanyi Madonna ‘pergi ke pengebumian’ dan pelakon Will Smith menghadapi pengakhiran yang ‘akan menyebabkannya sakit hati’.

Dalam politik, Nicolas percaya kepimpinan Keir Starmer akan berakhir dengan seorang wanita yang muncul untuk mengambil alih. – Agensi



Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker