8 Cara Menguruskan Bencana Panduan Dari Surah Yusuf, Penting!

8 Cara Menguruskan Bencana Panduan Dari Surah Yusuf, Penting!

Musibah banjir yang melanda sudah mula surut di beberapa buah tempat. Ada yang sudah mula mencuci lumpur tebal di kawasan rumah untuk memudahkan proses pembersihan. Banyak pengajaran dapat kita lihat dan ambil dari bencana banjir ini. Bagi anda yang beragama Islam, terdapat beberapa cara dalam menguruskan bencana daru Surah Yusuf. Ikuti perkongsian Hafizul Faiz di bawah.

8 CARA MENGURUSKAN BENCANA PANDUAN DARI SURAH YUSUF

Babak yang boleh kita kaji dan lihat ialah babak ketika Raja Mesir bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus serta 7 tangkai bijian hijau dan 7 tangkai lagi kering. Bila Raja tanya ketua-ketua kaum (al-mala’) apa tafsiran mimpi tersebut, mereka tak tahu

Lalu seorang pekerja Raja teringat akan Yusuf dan meminta izin diutuskan kepada Yusuf. Yusuf memberitahu tafsirannya: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh selama 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang diketam biarkan ia ditangkai kecuali sedikit untuk makan” (Ayat 47)

“Kemudian akan datang selepas tempoh itu, 7 tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan bekalan yang ada, kecuali sedikit yang disimpan” (Ayat 48)

Jadi, apa yang boleh kita belajar dari Surah Yusuf dalam menguruskan bencana?

1. JANGAN ABAIKAN RAMALAN, WALAUPUN BELUM PASTI BETUL

Menariknya dalam kisah Yusuf ini, yang bermimpi bukan Yusuf tapi raja. Justeru mimpi tersebut bukan dikira sebagai wahyu. Ini menjadikan mimpi itu ‘relatable’ dengan ramalan manusia dan dalam situasi hari ini, ramalan Jabatan Metereologi Malaysia.

Kegagalan Kerajaan hari ini jelas, mereka tak peduli ramalan yang dikeluarkan Jabatan Metereologi dan akhirnya, segalanya jadi huru-hara.

2. BERTINDAK SEGERA, TANGGUH DULU URUSAN LAIN

Dalam Surah Yusuf kita belajar, lepas Yusuf beritahu tafsir mimpi itu, Raja terus bertindak memanggil Yusuf dan berbincang. (Ayat 50)

“Datangkanlah” tu datang dalam bentuk fe’el amr yang membawa maksud arahan yang berbentuk kesegeraan. Sama macam “iqra’” sebab tu Nabi SAW jawab terus “ma ana biqari’in”.

Bila tengok balik bencana akan datang lagi 7 tahun tapi Raja dah panggil meeting. Kita ni, bencana nak datang esok masih lagi bersongkok bersampin bertakbir di hotel mewah.

3. KESEDIAAN SUMBER KENA CUKUP DAN ADA SAAT DIPERLUKAN

Walaupun 7 tahun lagi, Yusuf dah mengarahkan supaya ditanam sungguh-sungguh bekalan selama itu sebab ada 7 tahun kemarau besar nanti yang mana kita amat perlukannya. Setengah pemimpin akan meremehkan usaha ini, “Ala lambat lagi,” tapi tidak bagi Raja Mesir. Beliau terus melakukannya dan melantik Yusuf untuk mengurusnya.

Akhirnya bila bencana tiba, resources ada dan cukup. Bukan macam gah di berita buat bulan kesiapsiagaan bagai, tapi rakyat 3 hari terkandas tak ada siapa datang selamat.

4. DENGAR CAKAP PAKAR, JANGAN BERLAGAK TAHU SEMUA BENDA

Sebagai pemimpin, kita boleh belajar dari Raja Mesir (yang “non-muslim”) dimana beliau boleh mendengar pandangan pakar walaupun orang itu ialah banduan dan bukan kaumnya (Yusuf orang Palestin, Raja orang Mesir). Dengarlah cakap pakar, jangan berlagak, dan jangan anggap penasihat politik yang sedia ada tu betul dan tahu semua benda.

5. LANTIK ORANG YANG TEPAT UNTUK MENGURUSKAN BENCANA

Yusuf dipanggil oleh Raja dan kemudiannya (setelah babak pendedahan siapa Yusuf dan kes dengan perempuan-perempuan Mesir) Yusuf diberi perjawatan penting dan disebut sebabnya ialah Yusuf “Amin” yang bermaksud “amanah”.

Dekat sini kita boleh belajar, nak lantik siapa-siapa dalam perjawatan penting, kayu ukurnya bukan politician sebab nak jaga kedudukan, tapi lantik orang yang tepat iaitu yang mampu dan pakar.

Yusuf bekas banduan, tapi sebab amanah, Yusuf dilantik. Lantiklah orang yang tepat walaupun dia bukan orang berkedudukan. Waktu bencana rakyat tak peduli soal kedudukan, rakyat cuma peduli soal keselamatan, kesihatan, dan survival hidup. Lantik orang yang salah, malam kita semua bergelut fikir soal hidup mati, dia tengah potong kek di majlis mewah parti dia.

6. JANGAN MALU UNTUK TAMPILKAN DIRI & TAWARKAN KHIDMAT

Ini apa yang Yusuf lakukan dalam ayat 55. Yusuf mencadangkan Baginda dilantik sebagai pengurus perbendaharaan hasil bumi (semacam Menteri Kewangan/Perbekalan) Lalu Yusuf berikan sebab kenapa Baginda layak iaitu “hafiz” dan “alim” (boleh jaga dan pakar).

Jangan malu dan segan untuk berkhidmat, tampilkan diri dan buat sesuatu. Di saat bencana, malu dan segan bukan alasannya.

7. KENA TELUS DALAM MENGURUS, JANGAN SEMBERONO BAGI BANTUAN

Ketika saudara-saudara Yusuf datang dan meminta bantuan, Yusuf meminta bukti siapa mereka, ini penting supaya hanya yang layak sahaja dapat.

Harus ada ketelusan dalam mengurus, jangan main bagi sumbangan. Pastikan di tempat tersebut bantuan apa diperlukan supaya tidak membazir dan terbagi pada orang yang salah.

Tapi janganlah sampai menyusahkan pula. Dalam konteks Yusuf ini, Baginda tahu perangai saudara-saudaranya jadi sedikit ketegasan harus ada. Mereka diminta membawa saudara sebapa mereka iaitu Bunyamin.

8. TAK USAH TENGOK KAUM & AGAMA APA, SAMA-SAMA BANTU

Yusuf bukan orang Mesir, tapi dilantik sebagai pemimpin. Saudara Yusuf bukan orang Mesir, tapi tetap dibantu. Jangan kerana sentimen kaum dan agama bawaan parti-parti politik, kita jadi skeptik. Ini bencana, bukan debat soal pemimpin muslim atau non-muslim.

Sumber: Twitter Hafizul Faiz

8 Cara Menguruskan Bencana Panduan Dari Surah Yusuf, Penting!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker