Laporan Hishammuddin ditawar jawatan PM adalah tidak benar

SHAH ALAM: Laporan yang mendakwa Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditawarkan jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.

Hishammuddin berkata, beliau tidak terlibat dengan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak.

“Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan.



“Saya tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya.

Pada Rabu, dua buah blog melaporkan Hishammuddin ditawarkan jawatan tersebut jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (BN) membentuk kerajaan.

Sementara itu, satu sumber menjelaskan, laporan itu telah disiarkan oleh dua buah laman blog yang mempunyai agenda tertentu.

“Perjuangan Datuk Seri Hishammuddin amat jelas bahawa beliau mahu melindungi kepentingan dan masa depan parti.



“Jadi tindakan dua portal ini yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan tersebut adalah tidak benar,” katanya kepada Sinar Harian. – Sinar Harian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak



Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker