Pejabat JPKK Temerloh ‘dikepung’ bendera PN selepas PRU15

Pejabat JPKK Temerloh ‘dikepung’ bendera PN selepas PRU15

Seramai 61 pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Temerloh kecewa dengan tindakan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa ‘mengepung’ pejabat JPKK di daerah tersebut dengan bendera gabungan parti itu.

Tindakan itu didakwa dilakukan selepas PN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen berkenaan baru-baru ini, kata Pengerusi JPKK Paya Luas Temerloh, Nordin Idris yang mewakili kesemua JPKK terlibat.

“Daripada maklumat diterima, rata-rata pengerusi JPKK kecewa dengan tindakan PN yang ‘mengepung’ sesetengah pejabat JPKK di daerah Temerloh dengan bendera parti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

WhatsApp-Image-2022-11-23-at-10
Pejabat JPKK Buntut Pulau ‘dikepung’ bendera PN.
Ia didakwa mereka sebagai kejam kerana masih terdapat barangan milik mereka dalam pejabat berkenaan.

Justeru, katanya, JPKK Temerloh menyokong penuh sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung bagi membentuk kerajaan negeri, kata wakil mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka juga menyokong Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kekal sebagai Menteri Besar.

“Sokongan ini bersandarkan kepada komitmen dan kejayaan Wan Rosdy memaju ekonomi negeri sehingga setanding dengan Johor dan Selangor dari segi kutipan hasil.

Antara JPKK terbabit adalah JPKK Megat Segama Temerloh, JPKK Paya Luas Temerloh, JPKK Padang Lalang Temerloh, JPKK Sanggang Temerloh, JPKK Bukit Kelulut Temerloh, JPKK Kg Batu 01 Temerloh dan JPKK Lebak Seberang Temerloh.

Awal hari ini, lapan wakil rakyat PH yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Sabtu lalu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Wan Rosdy sebagai Menteri Besar.

Perkara itu disahkan Sim Chon Siang, wakil rakyat PH yang memenangi DUN Teruntum.

Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi manakala PN mendapat 17 kerusi dan lapan oleh PH.

PN memenangi kerusi DUN Cheka, Tanjung Lumpur, Luit, Chenor, Bukit Ibam, Kuala Sentul, Tahan, Damak, Pulau Tawar, Jengka, Beserah, Pulau Manis, Lanchang, Kuala Semantan, Panching, Lepar dan Sungai Lembing.

BN pula menang di Inderapura, Benta, Jenderak, Padang Tengku, Batu Talam, Kemayan, Jelai, Guai, Kerdau, Dong, Muadzam Shah, Peramu Jaya, Chini. Pelangai dan Bebar selain turut merampas DUN Sabai daripada PH.

PH menerusi DAP pula memenangi DUN Tanah Rata, Tras, Triang, Mentakab, Bilut dan Ketari manakala PKR menang di Semambu dan Teruntum. MG

Pejabat JPKK Temerloh ‘dikepung’ bendera PN selepas PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker