Mesyuarat BN hari ini menjadi tumpuan semua pihak

KUALA LUMPUR: Selepas Majlis Tertinggi UMNO semalam, tumpuan pemerhati politik kini ke arah mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada pagi ini bagi menentukan hala tuju kerjasama politik gabungan parti itu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bertempat di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Kuala Lumpur, kepimpinan BN bakal menentukan dan menilai keputusan MT UMNO yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan tanpa melibatkan Perikatan Nasional (PN).

Semalam ketika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Ahmad Zahid berkata, Seri Paduka menitahkan agar BN menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

Langkah itu ekoran apabila tiada parti meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pusat pasca PRU15.

Malah mesyuarat hari ini menjadi tumpuan penting apabila komponen BN mendesak Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur ekoran sepucuk surat yang tular semalam.

Ia membabitkan surat dihantar ke Istana Negara kononnya mendakwa 30 ahli Parlimen BN menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker