Lee Chong Wei sambut anak ketiga

Lee Chong Wei sambut anak ketiga

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menyambut kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo.
Advertisement

Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson.

Terdahulu, Chong Wei dan Mew Choo berkahwin pada 9 Nov 2012, dikurniakan anak pertama Kingston Lee, yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance Lee, 7.

“Welcome. Third single. Much thanks to my lovely wife for all the sacrifice (Selamat datang. Perseorangan ketiga. Terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan),” jelasnya Chong Wei dalam hantarannya hari ini.

Sebelum ini, bekas pemaian badminton nombor satu dunia itu telah mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton atas faktor kesihatan.

Dalam pada itu, Mew Choo yang juga bekas pemain perseorangan wanita negara mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya. K Online

Lee Chong Wei sambut anak ketiga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker