Usul undi percaya akan diteruskan – Anwar

Usul undi percaya akan diteruskan – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan tetap meneruskan usul undi percaya terhadap kepimpinannya apabila parlimen bersidang pada 19 Dis.

Ini meskipun terdapat pihak termasuk Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang berpandangan undi percaya tidak diperlukan kerana mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

“Ya benar. Ramkarpal gunakan isu penafsiran Perlembagaan Persekutuan. Sebab majoriti jelas. Tapi saya juga bincang tadi, kita punya pandangan bukan saja keperluan Perlembagaan Persekutuan, tapi saya fikir keabsahan itu juga dari segi persepsi politik penting.

“Jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 Dis,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang pertama sejak menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, Ramkarpal berkata undi percaya hanya digalakkan sekiranya terdapat keraguan sama ada sesebuah kerajaan mempunyai majoriti di parlimen.

Ramkarpal berkata adalah lebih penting untuk memberi tumpuan kepada isu-isu seperti pembentangan belanjawan negara dan bukannya ‘membuang masa’ pada undi percaya yang ‘tiada tujuan’.

Keputusan Anwar untuk membentangkan undi percaya pada 19 Dis dianggap sebagai langkah berisiko oleh sesetengah pihak, kerana ia berpotensi menyebabkan perdana menteri yang baru dilantik itu kehilangan sokongannya – hanya 24 hari selepas memegang jawatan.

Anwar mengambil langkah itu selepas Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menimbulkan keraguan terhadap jumlah sokongan yang diterima Anwar.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa BN akan memberikan sokongan penuh kepada Anwar selaras dengan titah baginda mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

Dipercayai bahawa Anwar akan mendapat sokongan BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dengan sokongan tambahan daripada ahli parlimen Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa ahli parlimen bebas. Mk

Usul undi percaya akan diteruskan – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker