Anwar mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

Anwar mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra di sini.

Pada 2 Disember, Anwar mengumumkan barisan Kabinet yang dianggotai 28 menteri serta dua Timbalan Perdana Menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri kesemua Jemaah Menteri itu bermula 10 pagi.

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas itu.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Kebanyakan menteri Kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan. HM

Anwar mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker