Najib beri keterangan kes Shahrir 22 Disember

Najib beri keterangan kes Shahrir 22 Disember

Datuk Seri Najib Razak akan memberi keterangan pada 22 Disember ini, dalam kes pengubahan wang haram dihadapi Tan Sri Shahrir Ab Samad kerana gagal mengisytiharkan pendapatan diterima daripada bekas Perdana Menteri itu, berjumlah RM1 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, menetapkan tarikh demikian susulan bekas Perdana Menteri itu yang kini dibicarakan untuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), disahkan hanya berkelapangan pada waktu berkenaan.



“Perbicaraan kes Shahrir bersambung esok. Tiada masalah Najib dipanggil hari lain (sepatutnya minggu ini). Esok pihak pendakwaan boleh panggil pegawai penyiasat (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) beri keterangan.

“Boleh panggil semula kembali pegawai itu jika ada keperluan selepas Najib memberi keterangan pada 22 Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai mendengar pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan kes Shahrir, terhadap saksi pendakwaan ke-21 yang juga Timbalan Ketua Unit Audit Meja Selebriti, Penghibur Awam dan Pelbagai, Bahagian Penaksiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tuan Zulkfli Tuan Lah, hari ini.

Shahrir, 72, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.



Bekas Pengerusi FELDA itu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib, berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Najib, 69, yang kini dipenjara selama 12 tahun pula sedang dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, bagi kes 1MDB minggu ini berakhir Khamis ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi, memohon tarikh bicara Shahrir selama dua hari bermula esok dilapangkan berikutan Najib tidak dapat hadir memberi keterangan kerana sedang dibicarakan bagi kes 1MDB.

“Kami mohon 22 dan 23 Disember bagi Najib beri keterangan kerana beliau lapang pada masa itu.



“Bagaimanapun, ia terpulang kepada kebijaksanaan dan pertimbangan hakim, selain bantahan pihak pembelaan Shahrir,” katanya.

Susulan itu, seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Mohd ‘Afif Ali, mengesahkan kes 1MDB adalah keutamaan Najib pada minggu ini.

Sementara itu, peguam bela Shahrir, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros, tidak bersetuju perbicaraan pada minggu ini ditangguhkan kerana sudah ditetapkan sebelum ini.

“Semakin lama kes ini berlarutan, semakin lama anak guam terpaksa hadir ke mahkamah walaupun ada isu peribadi termasuk anak sakit di hospital.



“Boleh panggil dahulu pegawai penyiasat memberi keterangan supaya tidak membuang masa mahkamah,” katanya.

Rasyidah Murni kemudian memaklumkan mahu memberi laluan kepada Najib untuk memberi keterangan sebelum pegawai penyiasat itu membuat perkara sama.

“Kami tiada niat untuk lengahkan kes. Kami sudah melakukan sedaya upaya untuk panggil Najib beri keterangan minggu ini,” katanya.

Atas sebab itu, Syed Faisal Al-Edros mencadangkan pegawai penyiasat memberi keterangan minggu ini dan boleh dipanggil semula selepas Najib berbuat demikian jika mempunyai keperluan. BH



Najib beri keterangan kes Shahrir 22 Disember


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker