Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Doha: Model Croatia, Ivana Knoll mendakwa menerima puluhan mesej melamar untuk berkahwin dan seksi daripada pemain bola sepak Piala Dunia di Qatar.

Model berusia 26 tahun itu yang menerima lonjakan 200,000 pengikut di Instagram (IG) setiap hari berkata, dia terkejut apabila ramai penyokong menganggap dirinya sebagai perempuan murahan.



Menurutnya, banyak mesej diterima menerusi IG termasuk mengajaknya untuk berjumpa, termasuk pemain bola sepak yang sedang beraksi di Piala Dunia.

Tetapi, Ivana berkata: “Saya hanya berseronok dengan semua orang. Saya agak orang sukakan saya kerana saya cantik.

“Saya tidak minat bertemu sesiapa di sini. Niat saya adalah membuatkan orang tersenyum, itu saja.

“Semua peminta yang ditemui cintakan saya. Tetapi, apabila saya hadir menyaksikan perlawanan ketika ini, kawan saya tidak duduk di sebelah sebaliknya berpindah ke tempat duduk lain kerana tumpuan kamera.”



Dia mengakui sedar sensitiviti kejutan rakyat Qatar dengan penampilan seksi dalam warna merah dan putih skuad kebangsaannya dan risau dilarang daripada memasuki stadium.

Tetapi, dia tiba di Stadium Lusail, malam tadi, empat jam sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir antara Croatia dan Argentina semata-mata untuk bermesra dengan penyokong dan bergambar bersama mereka.

Pengikutnya di IG meningkat sekitar 200,000 orang sehari dan kini berjumlah lebih 2.7 juta pengikut.

Bagaimanapun, hasrat Croatia mara ke final kali kedua berturut-turut musnah apabila tewas 0-3 menerusi jaringan penalti Lionel Messi dan dua gol Julian Alvarez. HM



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib



Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker