Kereta wanita dicalar kerana parkir di kawasan sementara

Hales melaporkan kejadian itu kepada polis untuk mencari pelaku yang mencalarkan keretanya. – Mollie Hales/Canberra

CANBERRA – Seorang wanita di Australia terkejut apabila kenderaannya dicalarkan oleh seseorang yang mengemukakan aduan tentang keretanya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kereta sedan hitam milik Mollie Hales diletakkan di kawasan parkir ‘pelawat sementara’ di sebuah pangsapuri teman lelakinya di Canberra pada Jumaat lalu.

Ketika Hales ingin pulang lewat petang itu, dia terkejut apabila mendapat perkataan ‘dilarang meletak kereta’ diukir atas pintu tempat duduk pemandu.

“Ia pasti dilakukan pada waktu siang. Saya faham ia adalah tempat letak kereta jangka pendek, namun dengan kesesakan di kawasan itu, orang akan meletak kereta mereka untuk satu atau dua hari.

“Walaupun saya meletak kereta terlalu lama atau di kawasan yang salah, saya percaya tidak wajar untuk mencalarkan kereta saya,” kata Hales kepada laman berita Yahoo News Australia.

Hales telah membuat aduan kepada polis mengenai kejadian itu. Dia juga berkata bahawa syarikat insuransnya tidak akan menanggung kos pembaikan kereta itu.

Bagaimanapun, Hales tidak akan berhenti sehingga berjaya menjejaki pesalah itu. Dia sanggup merayu kepada pemilik hartanah itu untuk mendapatkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker