Ke mana duit MPN dibelanjakan?

Ke mana duit MPN dibelanjakan?

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memperjelaskan tentang butiran perbelanjaan dana Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau difahamkan, MPN yang dahulu dipengerusikan oleh Muhyiddin menerima dana beratus juta ringgit daripada peruntukan Perdana Menteri ketika itu.

“Persoalannya ke mana duit itu dibelanjakan? Adakah dibelanjakan untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja?

“Semoga Muhyiddin tampil perjelaskan. Elok juga Audit Negara buat pendedahan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau menambah, sekiranya dakwaan itu benar, ia mungkin menjadi sebab mengapa kewujudan MPN tidak berkesan.

Mohd. Puad turut mendakwa, MPN cuma membazirkan duit rakyat dan menjadi alat politik.

“Ini belum cerita pasal RM92 bilion. Mengejutkan,” katanya. MG

Ke mana duit MPN dibelanjakan?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker