Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat berkaitan dana sebanyak RM92.5 bilion ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Khamis.

Sumber SPRM berkata, siasatan dijalankan bagi menyiasat sebarang bentuk ketirisan berhubung pakej rangsangan ekonomi tersebut menerusi operasi yang dijalankan serentak sekitar Lembah Klang.

“Fasa pertama dilaksanakan ke atas lapan agensi utama yang menerima peruntukan yang besar pada tahun 2020 dan 2021 di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diluluskan kerajaan terdahulu.

“Lanjutan kepada itu, sembilan syarikat pembekal utama telah dikunjungi pegawai penyiasat SPRM bagi mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan kes,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, bagaimanapun SPRM tidak dapat mendedahkan hasil siasatan atau penemuan sebarang bukti penyelewengan kerana di peringkat awal siasatan.

“Kami memerlukan sedikit masa untuk meneliti, mengkaji dan mengesan sebarang bentuk kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sekiranya ia berlaku,” katanya.

Pada Jumaat, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan tumpuan siasatan pihaknya berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan PN akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion.

Menerusi kenyataan tersebut, pihaknya berkata, Kementerian Kewangan menyerahkan butiran berhubung mengenai pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker