MoU dengan Ismail pun mesti sokong belanjawan, kenapa tak pertikai – Fahmi

MoU dengan Ismail pun mesti sokong belanjawan, kenapa tak pertikai – Fahmi

Memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan dan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob turut menghendaki Ahli Parlimen menyokong belanjawan kerajaan, kata Fahmi Fadzil menjawab kritikan Mas Ermieyati Samsudin.

Menteri komunikasi dan digital itu berkata fasal 3a MoU itu, yang ditandatangani untuk menjamin kestabilan, berkata PH mesti menyokong Belanjawan 2022.



“Yang bermaksud Ahli-ahli Parlimen tiada pilihan dalam bab ini. Itu tak diktator?” katanya di Facebook.

Semalam, Ermieyati yang juga naib ketua Wanita Bersatu dilapor khuatir perjanjian yang ‘memaksa’ ahli Dewan Rakyat menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui usul undi percaya membawa kepada pemerintahan berbentuk diktator.

“Di mana laungan ‘diktator’ Ermieyati bila PH menandatangani MoU dengan kerajaan Ismail?” jawab Fahmi, dan menambah pemeteraian MoU itu cara terbaik mewujudkan kestabilan pasca Parlimen tergantung ketika itu.

“Kami dalam PH memahami keperluan kestabilan kerajaan, maka itu antara sebab mengapa kami memilih untuk menandatangani MoU itu.”



PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dan Warisan yang membentuk ‘kerajaan perpaduan’ menandatangani Perjanjian Persefahaman Kerjasama kelmarin, menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Isnin di Dewan Rakyat.

Antara kandungan perjanjian itu ialah kegagalan Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan mengundi atau menyokong perdana menteri dalam usul-usul berkaitan dengan usul percaya, perbekalan, atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan, dikira meletak jawatan.

Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof, menepis dakwaan perjanjian itu akan membawa kepada pemerintahan berbentuk diktator, kerana matlamatnya untuk menjamin kestabilan politik dan ia menghendaki rundingan sesama komponen kerajaan perpaduan bagi mencapai kata sepakat.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, menjelaskan semua Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan “bebas mengundi mengikut kepakaran dan pandangan sendiri” kecuali dalam perkara berkaitan keabsahan kerajaan.



Beliau berkata antara undian berkait keabsahan kerajaan termasuk usul undi percaya terhadap perdana menteri dan undian perbekalan. FMT

MoU dengan Ismail pun mesti sokong belanjawan, kenapa tak pertikai – Fahmi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker