Lumba haram, dua pelajar antara sembilan yang ditahan

Lumba haram, dua pelajar antara sembilan yang ditahan

KUANTAN – Padah berlumba haram malam minggu.

Pelajar berusia 18 dan 19 tahun merupakan antara sembilan individu yang ditahan kerana berlumba dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jalan Tun Ismail dan Jalan Kuantan Bypass, di sini malam tadi.



Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, operasi dijalankan bermula pukul 11 malam sehingga jam 5 pagi tadi.

“Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun turut ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dengan melakukan aksi ala ‘superman’ dan ‘zig-zag’ yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua kenderaan turut disita dalam operasi yang disertai enam anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) serta tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu.

Antara kenderaan yang disita membabitkan enam buah kereta jenis Honda Civic, sebuah Honda Ferio, dua buah Proton Wira dan sebuah motosikal jenis WM Motor 110.



“Pemandu dan penunggang berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan,” tambahnya.

Wan Mohd Zahari berkata, kesemua sembilan pemandu yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 81 93) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Manakala remaja penganggur penunggang motosikal terbabit disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

Dalam operasi sama, beliau memaklumkan sebanyak 38 notis saman telah dikeluarkan antaranya meliputi kesalahan lesen tamat tempoh, ubah suai plat kenderaan dan ubah suai kenderaan. MG



Lumba haram, dua pelajar antara sembilan yang ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker