Akuarium gergasi meletup, cetus ‘tsunami’ di dalam hotel [VIDEO]

BERLIN –  Akuarium gergasi di dalam sebuah hotel di Jerman meletup kelmarin dan mencetuskan ‘tsunami’ yang menyebabkan kerosakan besar berlaku, lapor portal berita MailOnline.

Akuarium setinggi 24.99 meter (m) itu terletak di ruang legar Hotel Radisson Blu, pusat bandar  Berlin. Ia pecah sekitar pukul 5.50 pagi (waktu tempatan) sekaligus membunuh semua 1,500 ikan tropika yang berada di dalamnya.



Letupan di Akuarium AquaDom itu melepaskan sejuta liter air ke lobi dan memutuskan bekalan elektrik di hotel tersebut. Dua orang cedera akibat terkena serpihan kaca dan menerima rawatan di hospital.

Terdapat spekulasi suhu beku semalaman menyebabkan keretakan pada tangki kaca yang kemudian meletup,  bagaimanapun pihak polis masih menyiasat punca sebenar letupan.

Usaha turut dilakukan untuk menyelamatkan tambahan 400 hingga 500 ekor ikan kecil yang ditempatkan di dalam akuarium lain di bawah lobi hotel tersebut kerana tanpa bekalan elektrik, haiwan itu tidak dapat menerima oksigen yang diperlukan untuk  terus hidup.

Pelbagai pertubuhan termasuk Zoo Berlin menawarkan untuk mengambil ikan-ikan yang masih hidup.Aquarium Aquadom  yang menempatkan ikan-ikan tersebut digambarkan sebagai tangki silinder terbesar di dunia.



Antara 80 jenis ikan yang ditempatkan di akuarium utama ialah blue tang dan clownfish iaitu dua spesies ikan berwarna-warni yang terkenal dalam filem animasi, Finding Nemo.

‘Malangnya, tiada seekor  pun daripada 1,500 ikan itu dapat diselamatkan,’ kata Datuk Bandar Berlin, Franziska Giffey.

Giffey berkata, kejadian itu  mencetuskan ‘tsunami sebenar’ tetapi masa awal pagi telah menghalang lebih banyak kecederaan daripada berlaku.

Letupan itu menyebabkan lobi hotel dipenuhi dengan lebih sejuta liter air, sebahagian daripadanya melimpah  ke luar kompleks menyebabkan polis menutup jalan-jalan berdekatan. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker