Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA – Pengguna dinasihatkan agar tidak membeli barangan dijual oleh peniaga jika rasa barang itu mahal dari harga biasa.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini disebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan lain mengambil contoh tentang pemilihan makanan.

“Kalau kita tengok kepada pecahan inflasi, yang betul-betul mendorong inflasi dan perasaan kita bahawa harga barang ini naik ialah barang makanan.



“Barang makanan ini pula 11 peratus yang kita beli sudah siap masak di luar. Kebanyakan kita beli ini benda biasa (contohnya) nasi bajet dan nasi goreng ayam. Maksudnya ia banyak pengganti.

“Sepatutnya, permintaan pasaran pembeli bukan pasaran penjual. Keadaan itu tidak berlaku sekarang dan sebahagiannya ialah kerana tabiat membeli ini kompleks,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar penerbitan indeks harga pengguna (IHP) November 2022 di kementeriannya pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.



Ahli Parlimen Pandan itu dalam masa sama turut berharap pihaknya boleh menyediakan sebuah ekosistem di mana tabiat membeli banyak dipengaruhi oleh harga yang berpatutan.

“Peniaga contohnya dia nak naikkan harga barang makanan yang dia jual masa ke masa itu dia fikir dua kali sebenarnya, tidak semudah itu (mahu naikkan).

“Kalau kena cara, ia akan sampai ke satu peringkat peniaga-peniaga akan fikir kalau dia naikkan (harga) akan hilang pelanggan. Sebab orang tahu (harga barang yang) naik itu terlalu tinggi,” ujarnya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa hanya Najib sahaja dituduh, dihukum dalam kes SRC?



Sebab sebenar al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker