DUN Perak panas, Presiden PAS kaki ponteng parlimen

 

IPOH: Persidangan Dewan Undangan (DUN) Perak bertukar ‘hangat’ sepanjang 20 minit selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bertikam lidah dengan beberapa ADUN pembangkang.

Ia bermula selepas Muhamad Arafat membangkitkan isu Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak hadir pada sesi pembentangan dan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkenaan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.



“Di peringkat Pusat, RUU itu telah dibahas dan diluluskan. RUU itu juga telah disokong oleh parti-parti yang mempunyai prinsip dan moral terutamanya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Untuk pengetahuan Ketua Pembangkang, ketika sesi perbahasan dan pengundian RUU berkenaan di Parlimen, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas tidak hadir, malah ‘ponteng’ sesi Parlimen.

“Oleh itu, sebagai pemimpin kena tunjuk sokongan kepada akta lompat parti. Ini, tidak hadir tanpa alasan. Kalau ada alasan tiada masalah, tidak mengapa kalau tidak sihat. (Tapi) kita faham, Marang rekod kehadirannya selalu ‘ponteng’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan RUU meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak bagi larangan ADUN bertukar parti di sini pada Khamis.



Dakwaan Muhamad Arafat itu kemudian tidak dipersetujui Muhammad Zulfadli Zainal (PN-Slim) yang mempertikaikan kenyataanya selain menyifatkan dakwaan Muhamad Arafat sebagai dangkal.

“Saya tidak bersetuju tentang (dakwaan ke atas Ahli Parlimen) Marang, kita mahu tahu data (berkenaan kehadiran Abdul Hadi) dapat daripada mana yang menyatakan ponteng?

“Kalau kita tengok Hulu Kinta berapa kali dia tidak ada dalam Dewan dan berapa kali juga keluar, jadi jangan mudah sebut (tuduh). YB (Yang Berhormat) pun bukan ada dalam Parlimen hingga mahu sebut tentang Marang,” ujarnya.

Mohd Akmal Kamarudin (PN-Selama) kemudiannya mencelah dan meminta Muhamad Arafat untuk menyatakan pendirian mengenai kerjasama dengan BN selepas puluhan tahun menghentam parti itu dalam siri-siri ceramah.



“Rakyat pilih YB kerana percaya YB anti BN ketika itu, tetapi tiba-tiba berlaku seperti mana sekarang, jadi siapa yang gadaikan prinsip sebenarnya? Pembohong dan penipu, itu khianat kepada rakyat dan pengundi,” katanya.

Kehangatan persidangan DUN itu kemudiannya terheret selepas ADUN Hulu Kinta itu membangkitkan isu Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba ‘mencuri’ wakil rakyat daripada BN ketika proses membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Nadziruddin Mohamed Bandi (PN-Changkat Jong) kemudian mencelah dan mengatakan ucapan itu sebagai satu tuduhan palsu dan tidak sepatutnya disampaikan dalam Dewan Negeri.

Beberapa ADUN juga bangkit memberi respon antaranya Rahim Ismail (PN-Changkat Jering), Mohd Fakhruddin Abd Aziz (PN-Kamunting), Ishsam Shahruddin (BN-Ayer Kuning), Tiw Tiee Siang (PH-Tronoh) dan Thulsi Manogaran (PH-Buntong).



Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid cuba menenangkan situasi kecoh tersebut dengan meminta Muhamad Arafat untuk menyelesaikan perbahasannya segera berikutan masa yang diperuntukkan padanya telah tamat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker