Imran Khan ketuai protes desak pilihan raya mengejut

Imran Khan ketuai protes desak pilihan raya mengejut

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mendedahkan akan memohon pembubaran Dewan Negara dan pengumuman pilihan raya umum secara mengejut selepas berikrar untuk melancarkan perarakan besar-besaran esok bagi memaksa kerajaan bersetuju dengan tuntutan tersebut, lapor akhbar The Hindu kelmarin.

Imran telah dilucutkan hak kelayakan bertanding minggu lalu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) kerana gagal memaklumkan mengenai wang yang diterimanya selepas menjual hadiah negara yang dikenali sebagai kes Toshakhana.

Hadiah-hadiah tersebut diterima daripada pemimpin-pemimpin negara lain serta orang kenamaan asing.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Islamabad memerintahkan agar Imran tidak dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang selepas mendengar rayuan kes berkenaan.

Berucap pada sidang akhbar di Lahore kelmarin, yang menjadi lokasi permulaan untuk melancarkan protes ke arah ibu kota Islamabad, Imran berkata, protes itu akan berarak dari Liberty Chowk dan diketuai oleh beliau sendiri.

“Kami akan berkumpul pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) Jumaat ​​dan akan mula berarak ke Islamabad,” katanya.

Menurut beliau, perarakan itu sebenarnya adalah perjuangan sebenar negara untuk mencari kebebasan sebenar dan penunjuk perasaan akan mencapai objektif mereka melalui cara yang aman.

“Kami tidak akan pergi ke Islamabad untuk menimbulkan sebarang keganasan atau melanggar mana-mana undang-undang.

“Kami juga tidak akan memasuki Zon Merah (keselamatan tinggi) dan akan mengadakan bantahan di tempat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Agung,” katanya sambil mengulangi bahawa perarakan akan kekal aman.

Tambah Imran, ia akan menjadi protes terbesar dalam sejarah negara yang tidak berpaksikan motif politik tetapi untuk masa depan negara. K Online

Imran Khan ketuai protes desak pilihan raya mengejut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’

Kembar Najib dan Mahathir

Tayang gambar penyanyi K-Pop depan Kaabah (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker