MPV rempuh tiang MRT di Cheras, 2 maut

MPV rempuh tiang MRT di Cheras, 2 maut

KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut, manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas sebelum merempuh tiang Transit Aliran Massa (MRT), berhampiran Eco Cheras Mall, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Bomba Cheras Mohd Rizuan Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 6.42 pagi sebelum tujuh anggota tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.



Beliau berkata, kelima-lima mangsa yang tersepit dalam kenderaan jenis Toyota Innova itu berjaya dikeluarkan pada 7.06 pagi.

“Pemandu dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala tiga lagi cedera serta berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menerima rawatan sementara mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Identiti kesemua mangsa serta punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya. HM



MPV rempuh tiang MRT di Cheras, 2 maut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)



UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker