Pendakwa fail petisyen rayuan terhadap Timbalan Perdana Menteri walaupun mahkamah tinggi telah membebaskan

Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi telah membebaskan Ahmad Zahid Hamidi yang juga kini merupakan Timbalan Perdana Menteri daripada 40 tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN) dan pusat sehenti di China namun pihak pendakwaan masih memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan tersebut.

Menurut laporan FMT, petisyen itu menyenaraikan 15 alasan mengapa Mahkamah Rayuan perlu membatalkan pembebasan Zahid dan mengarahkannya membela diri atas tuduhan berkenaan.

Zahid yang juga presiden Umno dilantik sebagai timbalan perdana menteri untuk kali kedua selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipilih menerajui kerajaan perpaduan susulan pilihan raya umum ke-15 lalu. Beliau kini juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.

Sumber berkata, rayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan hari ini, selepas pihak pendakwaan menerima rekod rayuan daripada pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada minggu lalu.

Pada bulan lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Jan ini sementara menunggu rekod berkenaan disiapkan.

Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa pada 23 Sept lalu membebaskan Zahid selepas memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Yazid berkata, kes pendakwaan gagal kerana tiga saksi utamanya tidak boleh dipercayai.

Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.

Dia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker