Tak ganjak walau seinci, kerajaan akan pertahan kedaulatan negara – Ismail

Tak ganjak walau seinci, kerajaan akan pertahan kedaulatan negara – Ismail

Malaysia tidak akan berkompromi dalam mempertahankan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob merujuk isu tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap kerajaan.

Katanya, kerajaan tidak akan berganjak walau seinci dan akan membawa perkara itu ke mahkamah.



“Tindakan sedang dijalankan, sedang diambil. Seperti yang menteri undang-undang sebut, kita dah wujudkan pasukan khas untuk lihat perkara ini secara menyeluruh.

“Bukan Petronas saja, aset lain di luar negara, banyak lagi GLC, agensi kerajaan yang mempunyai aset lain di luar negara,” katanya ditemui selepas merasmikan persidangan keselamatan negara.

Pada 15 Julai lalu, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan pasukan khas bagi meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya bagi menangani isu tuntutan waris kesultanan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akan mengetuai pasukan khas itu, selain dianggotai Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah, Peguam Negara Idrus Harun dan pakar berkaitan timbang tara antarabangsa.



Pada 13 Julai lalu, dilaporkan waris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan yang dikatakan menuntut RM62.59 billion daripada kerajaan Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset Petronas didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, menurut Financial Times.

Keesokan harinya, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan kerajaan Malaysia menggantung penguatkuasaan “Final Award” susulan tuntutan pihak mendakwa sebagai waris dan “successors-in-interest” kepada Sultan Jamalul Kiram II.

Perintah penggantungan itu susulan keputusan dibuat Dr Gonzalo Stampa melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol pada 28 Feb lalu. FMT



Tak ganjak walau seinci, kerajaan akan pertahan kedaulatan negara – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker