Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’



Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’

Najib Razak berkata hutang langsung kerajaan secara rasmi telah mencecah RM1 trilion hari ini.

Katanya, hutang kerajaan meningkat RM316 bilion atau bersamaan 46 peratus daripada RM686.8 billion pada tahun 2017 iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada RM1,002.9 bilion.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Najib menyalahkan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan selepas memenangi PRU14 dan Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin sebagai punca peningkatan hutang kerajaan.

“Visi mereka untuk hutang negara benar-benar cecah RM1 trilion telah berjaya.




“Tahniah PH, tahniah Guan Eng, tahniah abah kau dan tahniah atuk!

“Hutang langsung kerajaan ini adalah cara seluruh dunia mengira hutang sesebuah negara – bukan cara dongeng yang diperkenalkan oleh kerajaan PH untuk tipu rakyat bahawa hutang Malaysia sudah cecah RM1 trilion masa saya PM,” katanya.

Gelaran ‘atuk’ merujuk kepada gelaran yang digunakan oleh penyokong Umno-BN untuk merujuk bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.

Manakala ‘abah’ adalah gelaran bagi merujuk kepada Muhyiddin.

Kata Najib, semasa dia menjadi perdana menteri, pertumbuhan ekonomi berkembang laju dan defisit kerajaan turun selama lapan tahun berturut-turut.




“GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dimansuh, Petronas dijarah, aset-aset negara yang memberi pulangan yang baik pula dijual secara lambak oleh mereka. Ekonomi lembab.

“Akibatnya kadar kenaikan hutang kerajaan sangat pantas berbanding masa saya PM – iaitu tempoh PH asyik tuduh negara akan bankrap bawah saya.

“Ada sesiapa dari geng sebelah sana nak sangkal pengiraan saya hari ini tak?” soalnya.

Untuk rekod, selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan pada 2018, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa hutang negara telah mencecah RM1 trilion.

Jumlah itu mengambil kira hutang yang dijamin kerajaan oleh badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GCL) setakat suku keempat 2017.




Bagaimanapun angka rasmi hutang kerajaan yang dikeluarkan Bank Negara setakat suku pertama 2018 adalah sebanyak RM705 bilion, dengan hutang yang dijamin kerajaan pula adalah RM238 bilion.

Mahathir ketika itu berkata jumlah hutang kerajaan mencecah RM1 trilion dengan mengambil kira jumlah keseluruhan hutang kerajaan dengan hutang yang dijamin kerajaan. Mk

Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.