Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
Usahawan sensasi dan kontroversi, Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal, Anuar Zain dan keluarga termasuk seluruh rakyat Malaysia kerana mendakwa penyanyi itu ‘gay’.
Vida menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 49 saat dimuat naik di Instagram itu berkata, dia memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan berlaku disebabkan tutur katanya yang mengguris hati banyak pihak.
“Saya mohon maaf atas kekhilafan, atas kekeliruan, atas mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain, saya mohon maaf banyak- banyak.
“Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu kerana benda sudah lama. Jadi, baru sekarang ini muncul. Jadi, apapun saya minta maaf kerana saya tidak berniat langsung dan saya sangat-sangat meminati Anuar Zain,” katanya yang turut mengakui dia adalah peminat setia Anuar Zain.
Dalam masa sama, Vida juga berharap dia dapat berjumpa ‘in person’ bersama Anuar bagi berkongsi hasrat besarnya termasuk projek besar juga untuk penyanyi terbabit.
Semalam, dilaporkan Vida dikecam teruk netizen berikutan dakwaannya mengatakan Anuar ‘gay’ menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Video berdurasi kurang 15 saat itu memaparkan Vida menjawab pertanyaan seseorang yang meminta dia untuk memikat Anuar untuk dijadikan suami.
Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial lain, ruangan komen dibanjiri dengan kritikan dan kecaman atas tindakan Vida itu, termasuk penyanyi Ziana Zain juga kakak Anuar menyifatkan kelakuan dan tindakan Vida sangat biadap.
Sehubungan itu, ramai dalam kalangan netizen memohon Anuar mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida yang dianggap sangat keterlaluan. HM
Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
Baca Artikel Menarik :
- Erra sedia terima bukan Melayu sebagai jodoh
- Zuhdi gesa segerakan PRU
- Pas usahlah berdolak-dalik, berterus teranglah…MN atau PN!
- Mokhtar Senik kembali dengan kecaman bertalu-talu kepada UMNO
- Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis
- Tak marahlah, Atu cuma bergurau jadi klon saya – Anuar Zain
- Afdlin bakal bertanding di Dun Johor?
- PRNJohor: PAS sedia bekerja dengan PH tapi bersyarat – Idris
- PRN Johor: Tewas 39 kerusi kepada Umno, apa logik PAS mahu tuntut lebih?
- PRNJohor: PAS tolak tawaran UMNO, mahu bersama PN
- Tanah mendap: 17 premis diarah henti sementara operasi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)
Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun