Lim Teong Kim jangan nak temberang! TMJ



PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak Lim Teong Kim yang menafikan dakwaan dia pernah meminta gaji sehingga 70,000 hingga 80,000 euro (RM327,000-374,000) seperti yang didedahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam satu wawancara semalam.

“Sorry (maaf) Tunku, apa yang kamu kata tidak benar,” tulis Teong Kim di media sosial.

Tunku Ismail bagaimanapun membalas: “Jangan nak temberang, pasukan kewangan kami tahu berapa banyak yang kamu minta.

“Bila saya tanya kenapa mahal sangat, awak jawab jikalau saya mampu beli Lamborghini takkan gaji tu saya tak mampu. Itu yang awak cakap. Jadi tolong, jangan nak twist (putar belit).”

REAKSI balas Tunku Ismail dalam Instagram.

Tunku Ismail dalam wawancara bersama Astro Arena semalam berkata, bekas Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) tersebut meminta gaji sebanyak 70,000-80,000 euro sebulan untuk melatih pasukan pembangunan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemilik JDT itu bagaimamapun menjelaskan, bekas jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Bayern Munich di Jerman tersebut dianggap tidak mempunyai pengalaman secukupnya melatih skuad senior, selain permintaan gaji yang terlalu mahal hingga mencecah ratusan ribu ringgit sebulan.

“Untuk sistem pembangunan boleh…tapi nak beri gaji berapa? Masa dia nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro sebulan dan nak bawa 2, 3 orang pembantu. Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya pemain dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu.

“Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, saya dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20-RM30 ribu sebulan,” kata Tunku Ismail. – UTUSAN ONLINE

Lim Teong Kim jangan nak temberang! TMJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.