Pejuang bidas PKR



Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) melihat secara sinis langkah Pakatan Harapan (PH) memilih logo berbeza untuk menyertai pilihan raya negeri (PRN) di Johor tidak lama lagi.

Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya, berkata sebelum ini Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengajak semua parti pembangkang menyertai mereka untuk berdepan dengan Umno-BN di Johor.

“Anwar ajak parti pembangkang lain untuk berkerjasama di bawah PH (untuk menghadapi PRN Johor).

“Tetapi macam mana akhirnya dia membuat keputusan yang partinya (PKR) akan menggunakan logo sendiri,” sindirnya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Semalam Anwar mengumumkan keputusan gabungan itu untuk menggunakan dua logo berbeza untuk bertanding dalam PRN Johor. PKR memilih lambang parti mereka, manakala Amanah dan DAP kekal dengan logo PH.




Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat majlis presiden PH di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

“Mengenai dengan logo, kita telah capai kesepakatan bahawa PKR akan menggunakan logo PKR manakala DAP dan Amanah akan menggunakan logo PH,” kata Anwar.

Keputusan itu dibuat hanya dua hari selepas Anwar berkata PH akan bekerjasama semua parti pembangkang, termasuk Pejuang, Warisan dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk bertanding di semua 56 kerusi dewan undangan negeri Johor.

Bagaimanapun, Pejuang menyatakan parti itu tidak berminat untuk berganding bahu dengan PH, dan Marzuki menyifatkan gabungan berkenaan sebagai “bukan parti pembangkang sebenar”.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Marzuki berkata PH adalah sebahagian daripada kerajaan Ismail Sabri Yaakob, dan juga sebahagian daripada kerajaan di Johor.





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Leave a Reply

Your email address will not be published.