Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril



Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril

Hari ini, Ustaz Mokhtar Senik, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat keluarkan kenyataan menyerang UMNO. Setiap yang dikatakan pasti menyinggung hati ahli UMNO.

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan terhadap UMNO. UMNO rakus. UMNO perlu dirawat dengan kekalahan. UMNO perlu sedar ia tidak ada pilihan melainkan bersama dengan PAS dan PPBM. UMNO tak boleh dapat kerusi sehingga boleh memimpin sendiri tanpa PAS dan PPBM. Dan pelbagai lagi tuduhan, tohmahan dan ‘tunjuk ajar’.

Pertama, jika hendak beri pandangan, eloklah dibuat secara berhemah.

Kedua, UMNO ialah parti sendiri yang akan buat keputusannya sendiri. Tiada halangan untuk parti lain beri pandangan, tapi biarlah lebih cermat dan tidak seperti mengajar UMNO apa ia boleh buat atau tidak boleh buat. Kami dalam MKT akan ambil pandangan yang pelbagai dalam kalangan parti dan buat ketetapan. Tetapi untuk tunduk kepada tekanan parti luar, tidak sama sekali.




Ketiga, sebelum sesuatu pilihanraya berlangsung Ustaz Mokhtar tidak mahu UMNO dapat pembahagian kerusi yang memungkinkan ia selepas pilihanraya membentuk Kerajaan tanpa parti lain. Maka bolehkah beliau juga minta PAS Terengganu dan Kelantan tidak bertanding sejumlah kerusi supaya sebelum masuk gelenggang pun sudah pasti tidak boleh menang majoriti dengan sendiri? Sudah tentu tidak.

Kerana PAS juga parti politik yang ada cita-cita dan aspirasi. Itu hak PAS. UMNO tak pernah menghalang atau memperlekeh hak dan cita-cita parti lain, malah mengiktirafnya. Sebab itulah kami sentiasa kerja kuat dan tak memandang remeh kemampuan parti lain. Jadi amat tidak manis rasanya untuk orang UMNO apabila Ustaz Mokhtar pula memperlekeh kemampuan parti kami.

Dalam soal PRN Johor, kepimpinan tertinggi UMNO di negeri dan pusat – Pengerusi Perhubungan mahupun Timbalan Presiden hari ini – menyebut bahawa parti akan mengkaji dan memuktamadkan sebarang keputusan sama ada bekerjasama dengan parti lain atau tidak untuk PRN.

Namun, jangan salahkan UMNO jika kenyataan seperti Ustaz Mokhtar ini menyempitkan ruang untuk hendak bekerjasama dengan kawan yang menyerang serupa lawan. SHAHRIL HAMDAN

Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Leave a Reply

Your email address will not be published.