Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak

Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak

Kanak-kanak gemar memilih makanan yang disertakan bersama mainan kecil kerana menjadi kepuasan kepada mereka memiliki dua barang dalam satu masa.

Namun, sejak kebelakangan ini, banyak mainan yang dianggap kurang sesuai diberikan kepada kanak-kanak sehingga boleh merosakkan minda mereka.



Menerusi perkongsian Ummi Kalsum Ismail di laman Facebooknya, dia menjumpai sebuah mainan yang tidak senonoh diselit di dalam plastik gula-gula lolipop milik anak saudaranya.

“Anak saudara saya yang berusia tujuh tahun makan lolipop dan katanya kawan bagi. Lolipop itu dapat sekali mainan kecil dalam plastik.

“Pada mulanya saya ingatkan ‘keychain’ atau mainan binatang, tergerak hati untuk lihat,” katanya.

Tambah Ummi, dia terkejut apabila melihat rupa sebenar mainan yang terdapat di dalam plastik makanan ringan itu.



“Astaghfirullah, mainan apa bagi budak-budak ini, tak senonoh betul.

“Terkejut saya apabila tengok betul-betul mainan itu, mujurlah anak sedara masih belum main dan tidak dibuka dari plastik lagi, dia pun tidak tahu jenis mainan yang dapat,” ujarnya.

Sementara itu, Ummi turut menasihatkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa peka dengan mainan yang diberikan kepada anak-anak dan semak dahulu agar mereka tidak terdedah kepada gejala negatif. K Online

Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)



GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker