Hubungan Pas-UMNO di Perak baik

PARIT BUNTAR – Pas Perak menyifatkan hubungan mereka dengan UMNO Perak masih baik.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan UMNO dalam pentadbiran negeri.

Menurutnya, Pas Perak bagaimanapun kekal dengan pendirian seperti mana yang diputuskan oleh pimpinan Pusat bahawa parti itu akan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (MN).

“Kita berpegang kepada dasar parti di peringkat Pusat yang mahu perpaduan dalam kalangan parti-parti Melayu untuk bersama-sama duduk dalam kerajaan. Yang kedua kita mengajak kepada parti-parti bukan Melayu yang tidak ekstrem untuk bersama-sama menubuhkan satu pakatan bagi mewujudkan kestabilan politik.

“Bila ada kestabilan politik baharulah kerajaan ini dapat diuruskan dengan cekap dan stabil. Kalau tak stabil jadi macam tulah orang ni nak tarik jatuh dan orang ni nak tarik jatuh. Di Perak kita tak ada apa-apa masalah. Semalam pun kita mesyuarat seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Benih Anak Pokok Kelapa Klon MYD di Dewan Pejabat Agama Islam Parit Buntar, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hubungan Pas dengan UMNO di Perak susulan hubungan kedua-dua parti itu di beberapa negeri bermasalah.

Pada 22 Januari lalu, UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan melalui (MN) berkuat kuasa serta-merta pada Sabtu.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata, ketetapan tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas selepas pertemuan bersama Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Sementara itu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, UMNO memutuskan untuk bergerak solo bersama Barisan Nasional tanpa melibatkan kerjasama dengan Pas.

Hubungan Pas-UMNO di Perak baik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker