Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]



PETALING JAYA: Mulanya hendak membuat video Tiktok dan merakam telatah seorang rakan di meja makan, namun, lain pula jadinya apabila terakam aktiviti dua ekor tikus di atas alas pemotong ayam di sebuah restoran.

Melalui klip rakaman video itu, @ayuwho_ memaparkan reaksi temannya yang terkejut dan loya setelah melihat kewujudan haiwan kotor itu selepas selesai menikmati hidangannya.

RAKAMAN video dua ekor tikus berada di tempat pemotong ayam di sebuah restoran baru-baru ini.

Bahkan, rata-rata netizen turut merasa mual melihat klip rakaman itu dan memohon pengguna yang menyiarkan klip itu membuat laporan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana khuatir boleh menjejaskan kesihatan pelanggan-pelanggan lain.

“Dah habis sepinggan, baru perasan binatang tu ada dekat situ. Kalau aku, loya tekak selama sebulan,” komen @aizat7674 di ruangan TikTok.




Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama

“Nampak kejadian atau benda macam tolong la pergi buat laporan, bahaya kesihatan diri sendiri dan orang lain,” komen @its.raaaaaaaa.

“Sebab ini aku kalau makan dekat luar memang memilih kedai, mata tengok sekeliling sama ada kedai tu bersih atau tidak. Bukan pasal nak berlagak kaya, tetapi perhatin mengenai kesihatan,” komen @damiahechter88.

“Kalau aku dah terus bangun balik dah, bukan nak kata apa tapi sesetengah kedai tu sebelum masuk memang kena pastikan sama ada bersih ke tak kalua tak trauma macam aku,” komen @nurfarhana366. -UTUSAN ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Rakaman Aliff Aziz imamkan solat curi perhatian netizen (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.