Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu

TANGKAP layar seorang lelaki dipercayai warga asing menunjukkan kemaluan kepada pekerja wanita ketika membuat bayaran di kaunter sebuah kedai serbaneka di daerah Manjung, Perak.

LUMUT: Seorang lelaki dipercayai warga asing yang dikatakan menunjukkan kemaluan kepada pekerja wanita ketika membuat bayaran di kaunter sebuah kedai serbaneka di sini, sedang diburu polis.

Perbuatan individu tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan video rakaman itu yang berdurasi 39 saat tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam video itu, kelihatan lelaki tersebut yang tidak memakai pelitup muka membuat pembayaran barang dibelinya dengan kelihatan kemaluannya terkeluar dari seluarnya yang tidak berzip.

Difahamkan, mangsa mengadu kepada majikannya  mengenai kejadian itu sebelum diminta membuat laporan polis.



Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian berlaku pada 10 Januari lalu dan polis menerima laporan daripada mangsa berusia 23 tahun, pada 15 Januari.

“Suspek dipercayai mempunyai niat menunjukkan kemaluannya kerana ketika memasuki kedai, zip seluarnya dikatakan tertutup tetapi ketika membuat pembayaran zipnya terbuka pula,” katanya.

Beliau ditemui  pemberita selepas operasi memotong bekalan elektrik di lima premis menjalankan aktiviti perjudian haram di sekitar daerah Manjung, hari ini.

Menurut Nor Omar, berdasarkan maklumat, kejadian sama dengan modus operandi sama berlaku selama tiga hari tetapi bukan berturut-turut.



Jelasnya, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sudah memanggil mangsa untuk mendapatkan maklumat kejadian tersebut.

Beliau memberitahu maklumat awal mendapati suspek dipercayai warga asing dan pihaknya kini sedang mengesan lelaki tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan perkataan atau isyarat untuk mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker