Kerajaan cadang haramkan penjualan rokok kepada mereka yang lahir selepas 2005 – KJ

Kerajaan cadang haramkan penjualan rokok kepada mereka yang lahir selepas 2005 – KJ

Kerajaan bercadang untuk mengharamkan merokok untuk generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 2005.

Bercakap pada sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, negara berharap untuk meluluskan undang-undang itu tahun ini yang akan membawa kepada ‘generasi penamat perbuatan merokok’.



“Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005

“Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit),” katanya.

Khairy juga bercakap mengenai “generasi penamat perbuatan merokok” dalam perutusan Tahun Baharu 2022 kepada Kementerian Kesihatan, dengan menyatakan bahawa akan tiba masanya generasi akan datang “tidak lagi tahu apa itu rokok”.

Menurut laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau, satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok.



BERITA LANJUT MENYUSUL

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Kerajaan cadang haramkan penjualan rokok kepada mereka yang lahir selepas 2005 – KJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker