Angkara ‘pegawai TM’, suri rumah rugi hampir RM1 juta



Angkara ‘pegawai TM’, suri rumah rugi hampir RM1 juta

Seorang suri rumah kerugian hampir RM1 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Telekom Malaysia (TM) dan anggota polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Mohd Mahidisham Ishak, berkata mangsa membuat laporan pada Rabu selepas menyedari ditipu sindiket tersebut.

Katanya, mangsa menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai “pegawai TM” pada 15 Jan lalu yang memaklumkan maklumat peribadinya digunakan untuk pendaftaran talian dengan TM dan mempunyai tunggakan bayaran.

“Panggilan tersebut kononnya disambungkan kepada ‘pegawai Polis Diraja Malaysia’ (PDRM). Mangsa dimaklumkan namanya terlibat dalam jenayah narkotik dan AMLA (pengubahan wang haram).




“Mangsa kemudian dinasihatkan untuk membuat transaksi pemindahan wang berjumlah RM1 juta ke tujuh akaun yang diberikan bagi tujuan siasatan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa cuba menghubungi “pegawai polis” tersebut namun gagal, dan susulan itu wanita berkenaan membuat laporan.

“Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, WhatsApp CCID Infoline di talian 013 2111 222 atau hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Center di talian 03 2610 1559/1599 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. FMT

Angkara ‘pegawai TM’, suri rumah rugi hampir RM1 juta





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.