Berang diberi notis KKM, pemilik premis acu kapak kepada penguat kuasa

Berang diberi notis KKM, pemilik premis acu kapak kepada penguat kuasa

Berang selepas premisnya dikenakan notis, seorang lelaki mengacukan dua bilah kapak terhadap anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kejadian di sebuah pusat perniagaan di Kampung Koh, Lumut, Perak, kelmarin.

Dalam kejadian 9.30 malam, suspek berusia 56 tahun dikatakan tidak berpuas hati selepas pihak berkuasa mengeluarkan notis kerana tidak mematuhi amalan kebersihan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi, berkata selain itu suspek juga menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota penguatkuasa terlibat.



“Kejadian berlaku ketika empat pegawai KKM ke lokasi tersebut untuk membuat penguatkuasaan pemantauan premis makanan dan mendapati berlaku pelanggaran peraturan.

“Notis tersebut dikeluarkan kerana premis makanan suspek didapati tidak bersih, selain kukunya panjang dan memakai cincin ketika menjalankan perniagaan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Nor Omar berkata, polis sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam masa terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam serta Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya. FMT



Berang diberi notis KKM, pemilik premis acu kapak kepada penguat kuasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker