Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu



Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu

Bekas Ketua Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang meminta Muhyiddin Yassin mencermin diri terlebih dahulu sebelum menyifatkan tindakannya keluar parti semalam sebagai tidak bermaruah.

Mazlan turut memberitahu Presiden Bersatu itu supaya tidak angkuh dan sombong.

“Cermin diri dulu, jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Muhyiddin jangan angkuh.

“Saya dahulu tidak dihormati Presiden, macam mana saya hendak hormat Presiden,” katanya kepada FMT.




Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin semalam yang menyifatkan tindakannya keluar Bersatu sebagai tidak bermaruah, malah tidak menjejaskan persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Mana maruah dia, mengapa dia bersikap begitu dan baru sekarang hendak cakap soal itu ini. Boleh jadi dia sudah tahu tidak akan menjadi calon mungkin,” kata Muhyiddin.

Semalam, Mazlan Bujang dalam sidang media khas mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Tebrau dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri itu berkata, turut sama meletakkan jawatan ialah setiausaha dan 23 ketua cawangan serta ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Tebrau.

Beliau mendedahkan sudah lama memendam rasa dengan tindakan Bersatu yang meminggirkannya sejak dahulu, sebelum mengambil keputusan keluar parti.




Bekas Pengerusi Bersatu Johor itu berkata, ia termasuk diboikot Muhyiddin yang tidak pernah menghadiri atau menghantar wakil ke mesyuarat pimpinan negeri ketika beliau memimpin parti peringkat negeri sebelum ini. FMT

Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.