AEON, Grab tawar pilihan e-dompet lebih menarik



AEON, Grab tawar pilihan e-dompet lebih menarik

Permintaan tinggi terhadap pembayaran nirtunai ketika pandemik Covid-19 mendorong perniagaan menyesuaikan pelbagai kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Satu contoh jelas, AEON Co (M) Bhd yang beralih kepada pembayaran nirtunai menerusi kerjasama Grab Malaysia untuk menawarkan e-dompet GrabPay sebagai pilihan berbaloi di pasar rayanya.

Ketua Pegawai Kewangan AEON, Grace Lee berkata, GrabPay akan memudahkan lagi pengguna membeli-belah di samping melakukan penjimatan.

Katanya, gandingan itu akan membolehkan AEON menarik pelanggan celik teknologi yang inginkan kemudahan membeli-belah digital dan tanpa sentuhan.




“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan nilai perkhidmatan kami. Kami mempunyai hala tuju yang jelas dan akan terus berusaha meluaskan ekosistem ‘runcit baharu’ yang berasaskan permintaan dan lebih selaras dengan dinamika pasaran, pola penggunaan, dan gelagat pelanggan.

“Teknologi, pendigitalan dan inovasi akan menjadi faktor pengubah dalam tujahan AEON ke arah transformasi digital,” katanya.

Kerjasama ini sejajar dengan usaha AEON memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan ke-8 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), iaitu pekerjaan yang memuaskan dan pertumbuhan ekonomi

“Matlamat itu mengalakkan kesinambungan, keterangkuman dan pertumbuhan ekonomi mampan serta menyediakan pekerjaan yang memuaskan untuk semua,” katanya.

Ketua GrabPay Malaysia, Priyanka Madan berkata, pihaknya selaku aplikasi terkemuka komited untuk membina perkongsian bersinergi bagi memudahkan lagi rakyat mendapatkan keperluan harian.




“Oleh itu, kami berbesar hati aplikasi kami diterima pakai dalam ekosistem pembayaran tanpa sentuhan AEON dan menyokong transformasi digitalnya.

“Perkongsian ini juga mencerminkan kesungguhan kami memanfaatkan penyelesaian yang berinovasi dan terangkum bagi memenuhi keperluan kewangan digital pelanggan kami.

“Dengan ciri-ciri seperti GrabRewards, pelanggan AEON boleh menikmati penjimatan dalam setiap pembelian yang dilindungi dengan pelbagai langkah keselamatan,” katanya.

Pelanggan AEON akan memperoleh penjimatan sebanyak 1.8% apabila meraih GrabRewards bagi setiap transaksi GrabPay di mana-mana outlet AEON.

Sementara itu AEON berkata, sempena Tahun Baru Cina, pelanggan yang menggunakan GrabPay akan menikmati rebat RM8 dengan pembelian minimum RM88.




Kempen itu akan berlangsung sehingga 28 Feb di pasar raya AEON, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness dan AEON BiG yang mengambil bahagian di seluruh negara. FMT

AEON, Grab tawar pilihan e-dompet lebih menarik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Leave a Reply

Your email address will not be published.